Wednesday, March 23, 2011

Y.A Dato’Noraini Binti Abdu Rahman TIDAK SETARAF DENGAN JAWATAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA
(BIDANG KUASA RAYUAN)
RAYUAN SIVIL NO: B-04-661 TAHUN 2010

ANTARA

LEE HENG YAU …PERAYU

DAN

1. LEMBAGA TATATERTIB PEGUAM-PEGUAM
( TAN SRI DATO’ SERI KHALID AHMAD BIN
SULAIMAN CHAIRMAN )

2. LETCHUMIAH A/L;RAMAMOORTHY …RESPONDAN-RESPONDAN


DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
USUL PEMULA (RAYUAN SIVIL) NO: 25-70 TAHUN 2010

Dalam Perkara mengenai dengan rayuan terhadap keputusan siasatan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam pada 22-05-2010 aduan No. DC/06/1744 terhadap Ledchumiah s/o Ramamoorthy

Dan

Dalam Perkara mengenai dengan Seksyen 103 E (1) (2) (4) Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Dan

Dalam Perkara mengenai Seksyen 94(2) dan (3) (a) (b), (c), (d) (k) (o), dan (n) dan 99 Akta Profession Undang-undang 1976

Dan

Dalam Perkara mengenai 103C dan lain-lain Akta Profession Undang-undang 1976
Dan

Dalam Perkara mengenai lain-lain Akta Profession Undang-undang 1976

Dan

Dalam Perkara mengenai aduan oleh En. Lee Heng Yau bertarikh 06-02-2006

ANTARA

LEE HENG YAU …PERAYU
DAN

1. LEMBAGA TATATERTIB PEGUAM-PEGUAM
( TAN SRI DATO’ SERI KHALID AHMAD BIN
SULAIMAN CHAIRMAN )

2. LETCHUMIAH A/L; RAMAMOORTHY …RESPONDAN-RESPONDAN



yang diputuskan oleh:
Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam pada 22-05-2010
Tan Sri Dato' Seri Khalid Ahmad Bin Sulaiman Chairman


yang diputuskan oleh:
Y.A Dato’Noraini Binti Abdu Rahman
Pada 25 haribulan November , 2010


Alasan Penghakiman Y.A DATO’ NORAINI BT. ABDUL RAHMAN bertarikh 25-11-2010 telah menolak Notis Usul Pengadu Lee Heng Yau dengan kos sebanyak RM 2000.00 terhadap Responden Pertama dan RM 2000.00 kepada Responden Kedua.

Dalam Alasan Penghakiman tersebut, Y.A DATO’ NORAINI BT. ABDUL RAHMAN berkata sebelum pendengaran, pengadu Lee Heng Yau telah meminta Mahkamah menyediakan jurubahasa Cina tetapi Mahkamah tidak mempunyai jurubahasa Cina. Sebaliknya, semasa perbicaraan dalam Kamar, seorang Timbalan Pendaftar bernama Pn. Elena Hong berbangsa Cina yang dapat bertutur Cina berada di sisi Yang Arif Hakim mampu menjadi jurubahasa Cina kepada saya tetapi Mahkamah telah memberitahu bahawa tiada jurubahasa dapat menterjemah kepada saya pada hari tersebut.

Bagaimanapun, Pengadu Lee Heng Yau meneruskan kes ini dalam bahasa pasar bertujuan untuk menjimatkan kos dan masa kesemua pihak-pihak dan Sepatutnya pendengaran hari tersebut hanya sahaja merangkumi isu keputusan Displinary Board iaitu:-

The Board disagreed with the DC’s finding on liability and recommendation on punishment the following grounds:-

i) As the findings of the Forensic Department of Jabatan Kimia is not conclusive, the Complainant has to conclusively prove that the Complainant’s signature was forged;

ii) Under the circumstances, no cause for disciplinary action exists against the Respondent in view of the inconclusive evidence.

Dan Pegawai Sains Cik Siti Nur Musliha Bt. Mohamad Noor yang turut hadir akan menjelaskan secara teliti Laporan Kimia dimana Displinary Board berpendapat Laporan Kimia adalah tidak berkonlusif kepada Yang Arif. Tetapi, Yang Arif telah menolak Pegawai Sains Cik Siti Nur Musliha untuk memberi keterangan terhadap petikan yang terdapat dalam Laporan Kimia dan berkata beliau memahami serta tidak memerlukan perjelasan daripada pegawai Jabatan Kimia.

Mahkamah dalam Alasan Penghakiman berkata Mahkamah meragui tandatangan manakah yang Pengadu Lee Heng Yau beri sebagai sample kepada Jabatan Kimia yang mengakibatkan Jabatan Kimia membuat keputusan demikian. Sekiranya Mahkamah mempunyai raguan, adakah lebih baik jika Yang Arif membenarkan Pegawai Sains Cik Siti Nur Musliha Bt. Mohamad Noor yang turut hadir menyelesaikan keraguan Yang Arif dan bukanlah berkata memahami Laporan Kimia tersebut. Ini wujud konflik.

Sampel-sampel tandatangan yang dihantar ke Jabatan Kimia bersama-sama “Warrant To Act” untuk dianalisakan terdapat dalam Rekod Rayuan m.s 235-246. Amat ketara tandatangan atas “Warrant To Act” telah dipalsukan dan bukan milik Pengadu Lee Heng Yau.

Merujuk kepada alasan penghakiman Y.A Dato Noraini bt. Abdul Rahman (m.s 363) , Mahkamah meragui tandatangan yang manakah Lee Heng Yau beri sebagai sample kepada Jabatan Kimia untuk pemeriksaan yang mengakibatkan Jabatan Kimia membuat keputusan sedemikian. Pihak mahkamah mengapa dan apa maksud berkata “Mahkamah meragui tandatangan yang manakah Lee Heng Yau beri sebagai sample kepada Jabatan Kimia untuk pemeriksaan yang mengakibatkan Jabatan Kimia membuat keputusan sedemikian. Oleh itu, adalah munasabah bahawa pengadu LHY telah memberi satu daripada 3 tandatangan beliau. Jadi berkemungkinan tandatangan atas “Warrant To Act” adalah tandatangan beliau.” In fact, amat ketara LHY telah memenuhi syarat-syarat Jabatan Kimia untuk analisa tandatangan dengan menyerahkan tandatangan yang dipertikaikan dan contoh-contoh tandatangan pada tahun yang hampir dengan tahun bagi tandatangan yang dipertikaikan. Alasan Penghakiman Y.A Dato Noraini bt. Abdul Rahman tidak masuk akal, 3 tandatangan yang berbeza milik Lee Heng Yau mempunyai perbezaan besar / significant differences shown, tidak berkemungkinan LHY memberi tandatangan yang salah daripada 3 tandatangan beliau kepada Jabatan Kimia, maka tidak berkemungkinan tandatangan palsu atas ‘Warrant To Act’ adalah tandatangan LHY.

Y.A DATO’ NORAINI BT. ABDUL RAHMAN telah melanggar beberapa undang-undang yang ternyata berikut,
Kanun Keseksaan Akta 574(Rujuk Rekod Rayuan Tambahna m.s 372

193. Seksaan bagi keterangan palsu. (Rujuk Rekod Rayuan Tambahan m.s 376)

Barang Siapa dengan sengaja memberi keterangan palsu pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman, atau dengan sengaja mereka keterangan palsu bagi maksud digunakan pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda; dan barang siapa dengan sengaja memberi atau mereka keterangan palsu dalam mana-mana hal lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

219. Penjawat awam membuat dalam pembicaraan kehakiman suatu perintah, laporan, dsb., dengan cara tidak jujur yang ia ketahui berlawanan dengan undang-undang. (Rujuk Rekod Rayuan Tambahna m.s 377)

Barang siapa, yang menjadi seorang penjawat awam, dengan cara tak jujur atau jahatnya membuat atau menjatuhkan pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman, apa-apa laporan, perintah atau keputusan yang ia ketahui berlawanan dengan undang-undang hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Y.A DATO’ NORAINI BT. ABDUL RAHMAN telah memberi keterangan palsu dalam Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman tidak merekodkan/mencatatkan perisitwa Pegawai Sains Cik Siti Nur Musliha Bt. Mohamad Noor yang turut hadir untuk memberi perjelasan terhadap Laporan Kimia dan merupakan “key point” dalam kes ini. Tindakan Yang Arif menahan tindakan Perayu hendak membuktikan dengan sekukuhnya bahawa tandatangannya telah dipalsukan melalui Pegawai Sains Jabatan Kimia nyata bersalah. Fakta pihak-pihak bersetuju untuk melantik Jabatan Forensik dari Jabatan Kimia untuk mengesahkan ketulenan tandatangan di atas “Warrant To Act” tersebut tidak dipertikaikan. Pengadu Lee Heng Yau sememangnya tidak pernah menandatangani “Warrant To Act” tersebut. Lembaga Tatatertib tidak bersetuju dengan dapatan Jawatankuasa Tatatertib dan membatalkan aduan kerana keputusan Jabatan Forensik dari Jabatan Kimia adalah tidak kukuh, maka Pengadu Lee Heng Yau mengambil tindakan menjemput Pegawai Sains Cik Siti Nur Musliha Bt. Mohamad Noor untuk membuktikan dengan sekukuhnya bahawa tandatangannya telah dipalsukan dan malangnya telah ditahan oleh Yang Arif.

Keadaan sebegini akibat keputusan Y.A DATO’ NORAINI BT. ABDUL RAHMAN adalah tidak adil. Pengadu Lee Heng Yau sememangnya tidak pernah melantik Ramamoorthy Ledchumiah dan tidak pernah menandatangani “Warrant To Act” tersebut.

Y.A DATO’ NORAINI BT. ABDUL RAHMAN telah melanggar Kod Etika Hakim 1994:- ( Rujuk Rekod Rayuan m.s 336-337)

d) berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Badan Kehakiman

e) kurang cekap atau kurang berusaha

sesungguhnya dan tanpa penjelasan yang munasabah melengah-lengahkan menyelesai kes-kes, memberi keputusan-keputusan dan menulis alasan-alasan penghakiman

Tiada peguam yang hendak mewakili saya dan saya terpaksa untuk hadir di Mahkamah dan menguruskan kes sendiri. Ada apa-apa saya meminta untuk berkata dalam Mahkamah. Selain itu, saya meminta Senior Jurubahasa bangsa Cina untuk menterjemahkan kepa saya.

Bertarikh pada 24 haribulan January 2011


…………………………
Lee Heng Yau, Perayu

Rekod Rayuan Tambahan ini disediakan oleh Perayu yang beralamat untuk penyampaian di No. 89, Jalan Kiambang, Taman Gembira, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
[Tel: 03 3187 4388, Faks: 03 3181 7199].

Thursday, March 03, 2011

Ketidak Adilan Peguam Menganiaya Pihak Yang Tidak Diwakili Peguambela

Peguam meniru tandatangan saya dan mengakibatkan bankrapsi terhadap saya. Laporan daripada Jabatan Kimia jelas menyatakan tandatangan tersebut adalah ditiru dan palsu. Namun, Hakim masih menyalah gunakan kuasa beliau memihak terhadap peguam yang jahat.


http://www.4shared.com/photo/cW96U22J/1__Rekod_Rayuan_B-04-661-10_4p.html
http://www.4shared.com/photo/ZhKBSdFZ/2__Rekod_Rayuan_B-04-661-10_1-.html
http://www.4shared.com/photo/wp4s10Sf/3__Rekod_Rayuan_B-04-661-10_10.html
http://www.4shared.com/photo/a7fTwyZ9/4__Rekod_Rayuan_B-04-661-10_20.html
http://www.4shared.com/photo/4jZY43u2/5__Rekod_Rayuan_B-04-661-10_30.html
http://www.4shared.com/photo/QG5aLvOr/6_240111_Rekod_Rayuan_Tambahan.html