Sunday, December 28, 2008

Aduan Kezaliman hakim kepada balu LHM tarikh 24-5-08

Puan Lee Heng Moy
No. 89, Jalan Kiambang,
Taman Gembira,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
Tel. No: 03 3187 4388 & Faks No: 03 3181 7199 Tarikh: 24.5.2008
Email: leehengmoy@gmail.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Seri Paduka Baginda Yang di Pertua Agong,
Al-Wathiqu, Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni
Al-Marhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah
Istana Negara,
Jalan Istana, Tel No : 03 2078 8311
50500 Kuala Lumpur. Faks No: 03 2031 1535


2. Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghani Patail
Peguam Negara Malaysia,
Jabatan Peguam Negara,
Aras 1-8, Blok C3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.


3. Yang Berbahagia Dato’ Musa Bin Datuk Haji Hassan
Ketua Polis Negara,
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, By Faks/AR
Bukit Aman, # 03 2273 3832(Faks)
50560 Kuala Lumpur.


4. YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi
Perdana Menteri Kerajaan Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, By Faks/ AR
62546 Putrajaya. # 03 8888 3983
ppm@pmo.gov.my

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahgia Dato’,

PER: KEZALIMAN YANG ARIF DATO’ SYED AHMAD HELMY BIN SYED AHMAD MENYALAH GUNA KUASA PENGHINAAN DENGAN MENGHUKUM SEORANG IBU TUNGGAL LEE HENG MOY PENJARA 3 BULAN DEMI MEMPERTAHANKAN KESALAHAN RAKAN SEJAWATANYA YANG ARIF DATO’ ALIZATUL KHAIR BTE OSMAN KHAIRUDDIN.
Pengadu : Lee Heng Moy
Kes : P.S.K.MNo.MTJ1(MT2)(MT4)-31-62-2004 gabungkan dengan Guaman No: MT4(MT3)(MT2)- 22-180-2003.
Kesalahan : Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan
Polis Repot : Sek.11 /003870/08 dan Sek. 11/003821/08
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara diatas dirujuk, dan saya surat-surat pengaduan saya terdahulu yang sebahagiannya di lampirkan di sini iaitu surat bertarikh 31.1.2008, 5.12.2007, 8.10.2007 dan 16.7.2007 LAMPIRAN A.

Saya dengan rendah diri memohon atas dasar sebagai seorang insan di muka bumi ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahgia Dato’ meneliti setiap bait surat-surat yang dilampirkan diatas, agar dengan kuasa ilahi terbukalah hati Yang Amat Berhormat dan Yang Berbahagia untuk memahami keluhan serta pengaduan ini mengenai kezaliman Yang Arif Hakim terhadap saya.

KRONOLOGI PERISTIWA

1. Pada awalnya kes ini, dimana saya adalah seorang ibu tunggal yang mewakili empat orang anak-anak yang masih kecil menuntut pembahagian Harta Pusaka di Mahkamah Tinggi Shah Alam (2) di dalam Petisyen untuk Surat Kuasa Mentadbir No.MT2(MT4)-31-62-2004 digabungkan dengan Guaman No: MT4(MT3)(MT2)-22-180-2003.

2. Mahkamah Tinggi (2) telah pada 27hb Januari 2006 mengeluarkan Perintah perlantikan Amanah Raya Berhad sebagai pemegang geran surat kuasa mentadbir harta pusaka Tan Hok Low (No.KP: 640604-10-6945). Dimana perenggan (c) dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) membenarkan saya membuat permohonan di Mahkamah untuk memdapatkan arahan-arahan selanjutnya dari Mahkamah.
3. Justeru itu saya telah membuat beberapa permohonan iaitu permohonan Kandungan 93, terhadap bekas Penerima Interim Datuk Tan Kim Leong pada 28hb November 2007 tetapi telah ditolak oleh Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin dengan mengatakan hanya Amanah Raya Berhad berhak memohon.

4. Kemudianya saya telah membuat permohonan Kandungan 84 untuk memeriksa Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737) tetapi sekali lagi Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin menolak permohonan tersebut dengan mengatakan hanya Amanah Raya Berhad berhak memohon.

5. Kemudianya saya telah permohonan EX-PARTE Kandungan 88, untuk kebenaran komittal terhadap Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737) tetapi sekali lagi Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin menolak permohonan tersebut dengan mengatakan hanya Amanah Raya Berhad berhak memohon.

6. Akhirnya saya membuat permohonan untuk Perintah kebenaran memeriksa atau menyoal wakil Amanah Raya Berhad, bahawa Amanah Raya Berhad memberi lapuran perkembangan mengenai Pentadbiran Pusaka Tan Hok Low , dan melengkapkan tindakan pentadbiran Pusaka Tan Hok Low pada 9hb Januari 2008 malangnya Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin menolak permohonan tersebut bertentangan dengan alasan beliau terdahulu.

7. Oleh yang demikian saya telah pada 28.1.2008 memfailkan Notis Usul Ex-parte No: MTJ1-25-7-2008 di Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Shah Alam untuk memohon kebenaran agar Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin, dikomitkan ke penjara atau didenda diatas tindakan-tindakan beliau yang menyebabkan berlakukan penghinaan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam (2) iaitu enggan mematuhi perenggan (c) Perintah bertarikh 27hb Januari 2006, perenggan 2 dan 8 Perintah bertarikh 30hb November 2004 Mahkamah Tinggi Shah Alam Petisyen untuk Surat Kuasa Mentadbir No.MT2(MT4)-31-62-2004 digabungkan dengan Guaman No.MT4(MT3)(MT2)-22-180-2003 dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) ) :-
a) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 27hb Januari 2006 khususnya perenggan (c) dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) dengan menolak permohonan Kandungan 78 pemohon untuk Perintah kebenaran memeriksa atau menyoal wakil Amanah Raya Berhad, bahawa Amanah Raya Berhad memberi lapuran perkembangan mengenai Pentadbiran Pusaka Tan Hok Low , dan melengkapkan tindakan pentadbiran Pusaka Tan Hok Low pada 9hb Januari 2008.

b) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 27hb Januari 2006 khususnya perenggan (c) dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) dengan menolak permohonan Kandungan 93 pemohon, terhadap bekas Penerima Interim Datuk Tan Kim Leong pada 28hb November 2007.

c) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 30hb November 2004 khususnya perenggan 2 dan 8 dengan menolak permohonan Kandungan 84 pemohon terhadap Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737).

d) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 30hb November 2004 khususnya perenggan 2 dan 8 dengan menolak permohonan EX-PARTE Kandungan 88 pemohon, terhadap Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737).

8. Notis Usul Ex-parte No: MTJ1-25-7-2008 Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Shah Alam di tetapkan di hadapan Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad di mana pada 21.5.2008 bukan sahaja beliau menolak permohonan Notis Usul Ex-parte tersebut sebaliknya dengan tidak jujur dan berniat jahat menghukum saya penjara 3 bulan kerana mengatakan perbuatan memfailkan Notis Usul Ex-parte tersebut adalah perbuatan menghina Mahkamah ini.

9. Justeru itu saya telah membuat lapuran Polis bahawa perbuatan beliau selaku Penjawat Awam mengikut takrifan Seksyen 21 Kanun Keseksaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan iaitu dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya membuat atau menjatuhkan pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman berlawanan dengan undang-undang. Saya lampirkan Lapuran Polis Sek.11 /003870/08 dan Sekyen 11/003821/08 tersebut di LAMPIRAN B.

i) Seksyen 21 Kanun Keseksaan mengatakan:-
“…Perkataan ‘Penjawat awam’ maknanya seorang yang termasuk di bawah mana-mana satu daripada yang dinyatakan di bawah ini-
(c) tiap-tiap Hakim ( Rujuk Seksyen 19 Kanun Keseksaan)…”

ii) Penjawat awam membuat dalam pembicaraan kehakiman sesuatu perintah, dengan cara tak jujur yang iai ketahui berlawanan dengan undang-undang.

Seksyen 219 Kanun Keseksaan mengatakan:-
“…Barang siapa menjadi seorang penjawat awam dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya membuat atau menjatuhkan…yang iai ketahui berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

iii) Hukuman supaya dibicarkan atau hukuman dikurung (Penjara) yang dibuat oleh seorang yang berkuasa yang ketahui bahawa ia berbuat hukuman itu berlawanan dengan undang-undang.

Seksyen 220 Kanun Keseksaan mengatakan:-

“…Barang siapa yang memegang apa-apa jawatan yang diberi kepadanya kuasa undang-undang bagi menghukum orang supaya dibicarkan atau dikurung (Penjara) dengan cara tidak jujur atau jahat menghukum seseorang pada menjalankan kuasa tersebut, dengan mengetahui bahawa berbuat demikian itu adalah bertindak berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Saya lampirkan Seksyen-Seksyen yang disebut diatas di dalam LAMPIRAN C.

NIAT JAHAT DAN TIDAK JUJUR YANG ARIF HAKIM

10. Saya seterusnya mengatakan bahawa adalah peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Saya lampirkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan di LAMPIRAN D.

11. Justeru itu tiada sesiapa pun boleh mengatakan bahawa beliau berada lebih atas dari Undang-Undang , jika seorang hakim ( dalam kes ini Yang Arif Hakim Alizatul ) telah melanggari Perintah iaitu enggan mematuhi perenggan (c) Perintah bertarikh 27hb Januari 2006, perenggan 2 dan 8 Perintah bertarikh 30hb November 2004 dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) maka Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan saya berhak memohon keadilan.

12. Seterusnya saya mengatakan Perdana Menteri dan atau menteri jika melakukan kesalahan boleh di bawa ke Mahkamah untuk dibicarakan, dan Peruntukan Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan juga mengizinkan Mahkamah Khas membawa prosiding terhadap Yang Dipertua Agong dan Raja-Raja. Saya lampirkan Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan di LAMPIRAN E.

13. Saya lampirkan keratan akhbar Utusan Malaysia muka surat 15 bertarikh 22.5.2008 yang mana di dalam alasan beliau “ …tindakan Lee Heng Moy telah menjatuhkan integriti, kejujuran, kredibiliti yang boleh menimbulkan tanggapan Responden ( Yang Arif Dato’ Alizatul) seolah-olah tidak berupaya memberikan keadilan dengan seadil-adilnya dan saksama…” di LAMPIRAN F.

14. Justeru itu alasan tersebut dengan jelas membuktikan bahawa beliau selaku penjawat awam telah menyebelahi dan menlindungi Responden iaitu rakan sejawat beliau di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertentangan dengan Sumpah Setia Hakim mengikut Perkara 124(1)(2) Perlembagaan Persekutuan yang olah-olah Hakim “above the law” :-

“…dengan sesunguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan kehakiman saya dalam jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya…”

BERTENTANG DENGAN UNDANG-UNDANG

a) TIADA PEGUAM MEWAKILI SAYA

Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa saya dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang lebih-lebih lagi apabila Mahkamah hendak melucutkan kebebasan diri ( menghukum penjara 3 bulan) yang dilakukan oleh Hakim itu sendiri. Saya lampirkan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan di LAMPIRAN G.

b) JURU BAHASA TIDAK MENERANGKAN PERTUDUHAN TERHADAP SAYA.
Sepanjang prosiding saya tidak dibekalkan dengan apa-apa pertuduhan , dan Juru Bahasa lansung tidak menerangkan kepada saya mengenai apa-apa pertuduhan , untuk membolehkan saya merujuk kepada mana-mana pengamal undang-undang sebaliknya hanya meminta saya memohon maaf kepada Mahkamah.

c) TIDAK MENGIKUT PROSEDUR UNTUK MENGHUKUM PENGHINAAN

Saya hanya memohon kebenaran kepada beliau untuk perintah kebenaran mengkomit Yang Arif Hakim Alizatul mengikut peruntukan di bawah Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, sebaliknya beliau telah menghukum penjara kepada saya tanpa mengikut prosedur , dimana beliau sebagai pengadu, pendakwa , penyiasat , saksi dan hakim dan terus menjatuhkan hukuman terhadap saya dengan zalimnya.

Oleh yang demikian, saya merayu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahgia Dato’ meletakan kezaliman yang terjadi keatas diri dan anak-anak saya sepertimana jika terjadi keatas ibu, atau anak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahagia Dato’ maka atas dasar ini , memohon menjadi pembela keatas kezaliman tersebut.

Sekian terima kasih,

"SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT"
“CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”

…………………………
Puan Lee Heng Moy

For more details, please download from link below:
1.
http://www.ziddu.com/download/3043110/24-5-08_72pes.pdf.html
2.
http://www.ziddu.com/download/3043175/13-6-08_4pes.pdf.html
3.
http://www.ziddu.com/download/3043395/16-7-08sek.11.3870.08dan3821.08_22pes.pdf.html
4.
http://www.ziddu.com/download/3043444/1708sek11387008dan382108_8pes.pdf.html

1 comment:

  1. Well done, the court is definitely corrupt and very ganging culture. They pass judgment by oppressing the weaker parties.

    ReplyDelete