Saturday, December 27, 2008

Surat Seri Paduka Baginda Yang di Pertua Agong Mengenai Repot 10-12-08

Balu Lee Heng Moy

No. 89, Jalan Kiambang,

Taman Gembira,

42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan.

Email: leehengmoy@gmail.com

Tel. No: 03 3187 4388 & Faks No: 03 3181 7199 10.12.2008

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Seri Paduka Baginda Yang di Pertua Agong,

Al-Wathiqu, Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni

Al-Marhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah

Istana Negara,

Jalan Istana, Tel No : 03 2078 8311

50500 Kuala Lumpur. Faks No: 03 2031 1535

Melalui,

2. Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghani Patail

Peguam Negara Malaysia,

Jabatan Peguam Negara,

Aras 1-8, Blok C3,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan.

Email: pro@agc.gov.my, ag@agc.gov.my

3. Yang Berbahagia Tan Sri, Musa Bin Datuk Haji Hassan

Ketua Polis Negara,

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, By Faks/AR

Bukit Aman, # 03 2273 3832(Faks)

50560 Kuala Lumpur.

Email: rmp@rmp.gov.my

4. YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi

Perdana Menteri Kerajaan Malaysia

Pejabat Perdana Menteri

Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, By Faks/ AR

62546 Putrajaya. # 03 8888 3983

ppm@pmo.gov.my

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahgia Dato’,

PER: KESALAHAN YANG ARIF HAKIM DATO’ ALIZATUL KHAIR BTE OSMAN MENJATUHKAN HUKUMAN YANG DIKETAHUINYA BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG.

Pengadu : Lee Heng Moy

Kes : P.S.K.MNo.MT2(MT4)-31-62-2004 gabungkan dengan Guaman No: MT3(MT2)- 22-180-2003.

Kesalahan : Seksyen 219 Kanun Keseksaan

Polis Repot : Sek.11 /008854/08

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara diatas dirujuk.

Saya dengan rendah diri memohon atas dasar sebagai seorang insan di muka bumi ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahagia Dato’ meneliti setiap bait aduan ini, agar dengan kuasa ilahi terbukalah hati Yang Amat Berhormat dan Yang Berbahagia untuk memahami keluhan serta pengaduan ini mengenai kezaliman Yang Arif Hakim terhadap saya.

KRONOLOGI PERISTIWA

1. Pada awalnya kes ini, dimana saya adalah seorang ibu tunggal yang mewakili empat orang anak-anak yang masih kecil menuntut pembahagian Harta Pusaka di Mahkamah Tinggi Shah Alam (2) di dalam Petisyen untuk Surat Kuasa Mentadbir No.MT2(MT4)-31-62-2004 digabungkan dengan Guaman No: MT3(MT2)-22-180-2003.

2. Maka dalam usaha saya untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir, saya telah melantik Tetuan Raja Lau & Associates pada 16.1.2003. Malangnya Tetuan Raja Lau & Associates gagal menyempurnakan tugas tersebut apabila terdapat tentangan yang hebat dari keluarga simati yang terdiri dari perempuan-perempuan simpanan simati dan adik-beradiknya iaitu Tan Yong Teng, Lim Tay See, Tan Ah Wah JP, Dato’ Tan Hock Kien, Tan Hok Boon dan Gan Chew Wan (selepas ini dirujuk sebagai “pihak-pihak penentang”) yang diwakili oleh Tetuan Wong & Associates. Saya telah pun membayar RM10,000 kepada firma tersebut.

3. Saya seterusnya mengatakan bahawa, ekoran dari kegagal Tetuan Raja Lau & Associates bertindak maka kami telah melantik Tetuan Rama Velu & Associates untuk meneruskan tindakan tersebut. Perlantikan Tetuan Rama Velu & Associates juga disaran oleh Tetuan Raja Lau & Associates. Untuk itu saya telah membayar sebanyak RM85,000 kepada firma ini.

4. Malangnya Tetuan Rama Vellu & Associates juga gagal menyempurnakan tugas beliau, sebaliknya pihak-pihak menentang iaitu perempuan-perempuan simpanan simati dan adik-beradiknya telah mengambil alih kesemua syarikat-syarikat milik simati dan kepentingan beliau dengan bantuan peguamcara Tetuan Wong & Associates.

5. Saya seterusnya mengatakan untuk mengelak dari kehilangan Harta yang lebih banyak maka saya telah melantik Tetuan Sivananthan untuk menyelesaikan masalah kecurian dan penyelewengan Harta Simati dan seterusnya mendapatkan perintah pembahagian Harta Pusaka tersebut.

6. Setelah hampir satu tahun setengah Tetuan Sivananthan mengambil alih tugas ini, dan setelah kami membayar yuran guaman sebanyak RM 106,814.00 akhirnya bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah kecurian dan penyelewengan sebaliknya menarik diri dalam tindakan Petisyen No: MTJ1(MT2)(MT4) 31-62-2004 di gabung dengan No. MT3 (MT2) 22-180-2003 pada 20.9.2004.

7. Mahkamah Tinggi (2) telah pada 30hb November 2004 mengeluarkan Perintah perlantikan BDO Capital Sdn Bhd ( Datuk Tan Kim Leong ) sebagai penerima interim harta pusaka Tan Hok Low , dan pada 27hb Januari 2006 mengeluarkan Perintah perlantikan Amanah Raya Berhad sebagai pemegang geran surat kuasa mentadbir harta pusaka Tan Hok Low (No.KP: 640604-10-6945). Dimana perenggan (c) dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) membenarkan saya membuat permohonan di Mahkamah untuk memdapatkan arahan-arahan selanjutnya dari Mahkamah. Saya lampirkan Perintah-Perintah tersebut di dalam Lampiran A.

8. Justeru itu saya telah membuat beberapa permohonan iaitu permohonan Kandungan 93, terhadap bekas Penerima Interim Datuk Tan Kim Leong pada 28hb November 2007 tetapi telah ditolak oleh Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin dengan mengatakan hanya Amanah Raya Berhad berhak memohon.

9. Kemudianya saya telah membuat permohonan Kandungan 84 untuk memeriksa Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737) tetapi sekali lagi Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin menolak permohonan tersebut dengan mengatakan hanya Amanah Raya Berhad berhak memohon.

10. Kemudianya saya telah permohonan EX-PARTE Kandungan 88, untuk kebenaran komittal terhadap Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737) tetapi sekali lagi Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin menolak permohonan tersebut dengan mengatakan hanya Amanah Raya Berhad berhak memohon.

11. Oleh kerana alasan penolakan beliau terhadap permohonan diatas berdasarkan alasan bahawa hanya Amanah Raya Berhad membuat permohonan tersebut mengikut Perintah-Perintah di Lampiran A, maka saya telah pada 3.10.2007 menulis surat kepada Yang Arif Hakim Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin untuk mengesahkan alasan tersebut. Saya lampirkan Surat itu bertarikh 3.10.2007 di dalam Lampiran B.

12. Berdasarkan diperenggan C Perintah bertarikh 27.1.2006 di lampiran A yang memerintahkan bahawa pihak-pihak diberi kebebasan untuk membuat permohonan. Saya juga mengatakan bahawa perenggan C ini seiringan dengan Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) dimana mengatakan:- (Saya lampirkan Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 di dalam Lampiran C.

“…No suit shall be brought against the Corporation or receiver appointed under….but any person aggrieved by anything so done or intended to be done, may apply to the Court for direction in the matter, and the court may make such order in the premise as is just..”

13. Akhirnya saya berdasarkan alasan-alasan penolakan Yang Arif Hakim, Perintah bertarikh 27.1.2006 dan Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 , maka saya membuat permohonan untuk Perintah kebenaran memeriksa atau menyoal wakil Amanah Raya Berhad, bahawa Amanah Raya Berhad memberi lapuran perkembangan mengenai Pentadbiran Pusaka Tan Hok Low , dan melengkapkan tindakan pentadbiran Pusaka Tan Hok Low iaitu Kandungan 78.

14. Mahkamah telah menetapkan tarikh keputusan Kandungan 78 pada 9.1.2008. Sebagai persediaan saya pada tarikh itu tersebut saya telah menyediakan satu Notis dibawah Aturan 52 Kaedah 1B Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi terhadap Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin dan akan saya serahkan sekiranya beliau dengan niat tidak jujur atau berniat jahat enggan membenarkan permohonan Kandungan 78 terhadap Amanah Raya Berhad.

15. Ternyata ramalan saya tepat dimana pada 9.1.2008 beliau telah menolak permohonan Kandungan 78 bertentangan dengan alasan beliau terdahulu dan juga Perintah-Perintah Mahkamah, justeru itu saya menyerahkan Notis dibawah Aturan 52 Kaedah 1B Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi bertarikh 9.1.2008 dimana perenggan a) mengenai tarikh keputusan 9.1.2008 Kandungan 78 telah diramal dengan tepat dan ketepatan ramalan tersebut adalah bukti niat tidak jujur atau berniat jahat beliau. Saya lampirkan Notis tersebut di dalam Lampiran D.

16. Diantara kandungan Notis itu adalah:-

“…Puan dengan ini diberikan Notis secara rasmi di bawah Aturan 52 Kaedah 1B Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk menunjukkan sebab kenapa pihak Puan tidak patut dikomitkan ke penjara atau didenda diatas tindakan-tindakan Puan yang menyebabkan berlakukan penghinaan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam (2) iaitu enggan mematuhi perenggan (c) Perintah bertarikh 27hb Januari 2006, perenggan 2 dan 8 Perintah bertarikh 30hb November 2004 Mahkamah Tinggi Shah Alam Petisyen untuk Surat Kuasa Mentadbir No.MT2(MT4)-31-62-2004 digabungkan dengan Guaman No.MT3(MT2)-22-180-2003 dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) iaitu:-

a) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 27hb Januari 2006 khususnya perenggan (c) dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) dengan menolak permohonan Kandungan 78 pemohon untuk Perintah menyerahkan Interogotori terhadap Amanah Raya Berhad pada 9hb Januari 2008.

b) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 27hb Januari 2006 khususnya perenggan (c) dan peruntukan kuasa dibawah Seksyen 49 Akta Probet dan Pentadbiran 1957 (Semakan 1972) dengan menolak permohonan Kandungan 93 pemohon, terhadap bekas Penerima Interim Datuk Tan Kim Leong pada 28hb November 2007.

c) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 30hb November 2004 khususnya perenggan 2 dan 8 dengan menolak permohonan Kandungan 84 pemohon terhadap Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737).

d) Dengan niat tidak jujur enggan mematuhi Perintah bertarikh 30hb November 2004 khususnya perenggan 2 dan 8 dengan menolak permohonan EX-PARTE Kandungan 88 pemohon, terhadap Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737)…”

17. Justeru itu saya melapurkan bahawa perbuatan beliau selaku Penjawat Awam mengikut takrifan Seksyen 21 Kanun Keseksaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 Kanun Keseksaan iaitu dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya membuat atau menjatuhkan pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman yang di ketahui berlawanan dengan undang-undang.

18. Seksyen 219 Kanun Keseksaan memperuntukan bahawa:-

“…Barang siapa menjadi seorang penjawat awam dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya membuat atau menjatuhkan…yang ia ketahui berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Saya lampirkan di dalam Lampiran E.

19. Saya melapurkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh beliau telah menyebabkan saya kerugian yang banyak dimana semua harta pusaka simati yang dianggarkan lebih kurang beratus juta telah dikuasai oleh Defendan Ke-5, Tan Ah Wah JP (No.KP: 530416-10-5737). Perkara ini telah diakui sendiri oleh adiknya Tan Hock Boon semasa memberi keterangan di dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam No. MT3-22-808-2003 pada 30.10.2008. Saya lampirkan Nota Keterangan ditandakan sebagai F. (Pohon Rujuk Perenggan 38 & 52 di muka surat 23-26)

20. Saya melampirkan kandungan 93, kandungan 84, kandungan 88, kandungan 78, di di dalam Lampiran G.

21. Saya dengan ini melapurkan bahawa Yang Arif Dato’ Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 219 Kanun Keseksaan saya lampirkan Polis Repot: Sek.11 /008854/08 di dalam Lampiran H dan keengganan Yang Arif mematuhi Perintah Mahkamah ini juga telah melanggari Kod Etika Hakim 1994. Saya lampirkan Kod Etika Hakim 1994 di dalam Lampiran I yang mengatakan seperti berikut:-

“…(3) Seorang hakim tidak boleh-

(d) berlakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Badan Kehakiman;

(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) sesunggunya dan tanpa penjelasan yang munasabah melengahkan-lengahkan menyelesaikan kes-kes, memberi keputusan-keputusan dan menulis alasan-alasan penghakiman;

(g) enggan mematuhi sesuatu perintah pentadbiran yang patut atau enggan mematuhi apa-apa arahan statutory…”

22. Oleh yang demikian, saya merayu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahagia Dato’ meletakan kezaliman yang terjadi keatas diri dan anak-anak saya sepertimana jika terjadi keatas ibu, atau anak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Yang Berbahagia Dato’ maka atas dasar ini , memohon menjadi pembela keatas kezaliman tersebut.

Sekian terima kasih,

"SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT"

“CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”

…………………………

Balu Lee Heng Moy

Salinan Kepada:

5. Yang Amat Arif Tan Sri Zaki Bin Tun Azmi

Ketua Hakim Negara,

Mahkamah Persekutuan Malaysia By Faks/AR

Tingkat 5, Palace of Justice Presint 3, # 8888 5739(F)

62506 Putrajaya. # 8888 3502(T)

6. Yang Amat Arif Hakim Dato’ Alauddin Bin Dato’ Mohd Sheriff

Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia

Mahkamah Rayuan Malaysia,

Aras 2, Palace of Justice,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

Presint 3,

62506 Putrajaya.

7. Hakim Besar Malaya,

Mahkamah Persekutuan Malaysia By Faks/AR

Tingkat 5, Palace of Justice Presint 3, # 8888 5739(F)

62506 Putrajaya. # 8888 3502(T)

8. Unit Pengaduan Awan

Mahkamah Persekutuan Malaysia By Faks/AR

Istana Kehakiman, Presint 3, # 8888 5739(F)

62506 Putrajaya. # 8888 3502(T)

Email: mokhzani@kehakiman.gov.my

snorazlita@kehakiman.gov.my

9. Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Tingkat 29, Menara Tun Razak,

Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur.

62512 Putarajaya.

complaints@suhakam.org.my

Tel No: 03 2612 5600 Faks No: 03 2612 5620

10. Bar Council Malaysia

No.13,15 & 17,

Leboh Pasar Besar, By Fax/Post

50050 Kuala Lumpur. Faks # 03 2034 28 25.

E-mel: council@malaysianbar.org.my

11. Y.B. Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Tingkat 15,
Bangunan Parlimen,
Jalan Parlimen ,
50680 KUALA LUMPUR.

E-mel : nazriaziz@parlimen.gov.my

12 Ketua Pendaftar,

Mahkamah Persekutuan Malaysia By Faks/AR

Tingkat 5, Istana Kehakiman, Presint 3, # 8888 5739(F)

62506 Putrajaya. # 8888 3502(T)

Email: halijah.abbas@kehakiman.gov.my

13 Yang Bahagia Datuk’ Seri Panglima Haji Ahmad Said Bin Hamdan,

Ketua Pengarah,

Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia,

Blok D6 Kompleks D, Dengan Tangan

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Tel No : 03 8886 7000

Peti Surat 6000, Faks No: 03 8888 9489

62007 Putrajaya.

Email: info@bpr.gov.my

14 Amnesty International UK
The Human Rights Action Centre
17-25 New Inn Yard
London EC2A 3EA

Phone +44 (0) 20 7033 1500
Fax +44 (0) 20 7033 1503
Textphone +44 (0) 20 7033 1664
E-mel sct@amnesty.org.uk


For more details, Please download from link below:
1.
http://www.ziddu.com/download/3028414/AgongPmAgKpnHakim10-12-08010Pes.pdf.html
2.
http://www.ziddu.com/download/3028541/LampiranA-IAgong10-12-0884pes.pdf.html

No comments:

Post a Comment