Friday, July 10, 2009

LAPURAN POLIS DIBAWAH SEKSYEN 107 KANUN PROSEDUR JENAYAH

No Repot :SEK 11/004861/09
Tarikh : 05/07/2009
Waktu : 1531PM
INSP Aidil 012 6979295_ 6-7-09 5.35PM kata besok 2.30pm Bawa pergi BPR
BPR Raja Zahuruidin 012 5475 750 _7-7-09 3.35pm 3Day ok



LAPURAN POLIS DIBAWAH SEKSYEN 107 KANUN PROSEDUR JENAYAH

PENGADU : LEE HENG YAU

NO.KP : 670217-04-5297

ALAMAT : NO. 89, JALAN KIAMBANG,
TAMAN GEMBIRA,
42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 3187 4388
FAKS: 03 3181 7199

TERHADAP: YANG ARIF DATO’ SYED AHMAD HELMY BIN SYED AHMAD

ALAMAT : MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM (J1),
BANGUNAN MAHKAMAH SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

KESALAHAN: Mengikut takrifan SEKSYEN 19 “HAKIM”, 20 “MAHKAMAH” dan SEKSYEN 21 “PENJAWAT AWAM” (c) tiap-tiap hakim, telah melakukan kesalahan dibawah SEKSYEN 219 dan 220 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
1. Ini adalah lapuran berkaitan dengan kesalahan Jenayah yang dilakukan Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad terhadap saya pada 1 Julai 2009 (MTJ1-21-36-08) mengikut takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, dibawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu:

A. Penjawat awam menggunakan kuasanya untuk memenjarakan saya selama 3 bulan tanpa perbicaraan yang seadilnya sedangkan mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan 8 (1) menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Justeru itu, tiada siapa yang dapat mengatakan bahawa beliau adalah lebih tinggi dari undang-undang.

B. Penjawat Awam telah menggunakan kuasanya untuk tidak merujuk kepada Afidavit Tambahan yang dikemukakan oleh saya semasa perbicaraan. Beliau juga sedia maklum keadaan saya yang enggan diwakili oleh mana-mana peguam dan terpaksa menguruskan sendiri bagi mendapatkan nota keterangan dan alasan penghakiman dengan menggunakan pembantu saya kerana kemampuan dan kefahaman saya dalam membaca dan menulis adalah terhad. Sebaliknya, pembantu-pembantu saya ini telah mengkhianati dan menganiaya saya.

C. Satu Lapuran Polis telah dibuat oleh saya terhadap pembantu-pembantu saya, En. Muhammad Azman bin Nordin dan En. Mohd Roshali bin Mohd Rosidi (No Repot: SEK15/022713/08) tetapi tiada tindakan diambil oleh beliau untuk membolehkan kedua-dua pembantu saya untuk hadir ke mahkamah dan mendapatkan keterangan dari kedua-dua individu tersebut. Jelas disini menunjukkan Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad telah menggunakan kuasanya dan melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan seterusnya dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melakukan kesalah di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574).

D. Penjawat Awam juga tidak mengikut prosedur untuk menghukum penghinaan, dan tidak membicarakan kes ini seadilnya. Jelas menunjukkan bawah beliau telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 dan mengikut takrifan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574).

E. Saya juga tidak dibekalkan dengan Jurubahasa untuk menerangkan atau menterjemahkan kepada saya mengenai apa-apa berkenaan dengan keputusan bagi kes tersebut. Jika mahkamah membekalkan saya dengan Jurubahasa untuk menerangka apa-apa kepada saya, saya boleh menerangkan kembali kepada mahkamah dengan logiknya.

F. Penjawat Awam juga menggunakan kuasanya untuk mengenepikan surat permohonan saya untuk Penangguhan Agar Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad Dikecualikan Daripada Mendengar Perbicaraan Untuk Kes Usul Pemula (No: MTJ1-21-36-Tahun 2008) pada 04 Jun 2008, dan tetap juga meneruskan perbicaraan. Pada 1 Julai 2009, beliau telah menggunakan kuasanya untuk menjatuhkan hukuman pada saya. Mengikut takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, beliau telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574). Beliau juga telah melakukan kesalahan yang sama mengikut takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, terhadap adik saya, Lee Heng Moy di dalam kes perbicaraan Notis Usul Ex-Parte No: MTJ1-25-7-2008 Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Shah Alam pada 21 Mei 2008 (SEK11/003870/08), (SEK11/003821/08).

G. Penjawat Awam menggunakan kuasanya dibawah takrifan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, melanggar Kod Etika Hakim 1994 dan seterusnya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574):-

a) membelakangkan tugas-tugas kehakimannya demi kepentingan persendiriannya;
b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya;
c) beliau telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang hakim;
(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai hakim;
(ii) dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedahnya sendiri;
d) berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Badan Kehakiman;
e) kurang cekap atau kurang berusaha;
f) sesungguhnya dan tanpa penjelasan yang munasabah melengah-lengahkan menyelesai kes-kes, memberi keputusan-keputusan dan menulis alasan-alasan penghakiman.

Seksyen 219 Kanun Keseksaan (Akta 574) mengatakan:-

“…Barang siapa menjadi seorang penjawat awam dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya membuat atau menjatuhkan…yang ia ketahui berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seksyen 220 Kanun Keseksaan (Akta 574) mengatakan:-

“…Barang siapa yang memegang apa-apa jawatan yang diberi kepadanya kuasa undang-undang bagi menghukum orang supaya dibicarakan atau dikurung (Penjara) dengan cara tidak jujur atau jahat menghukum seseorang pada menjalankan kuasa tersebut, dengan mengetahui bahawa berbuat demikian itu adalah bertindak berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

H. Sebelum ini satu Lapuran Polis telah dibuat oleh adik saya berhubung dengan kesalahan Jenayah yang sama yang dilakukan oleh Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad semasa perbicaraan kes adik saya, Lee Heng Moy (No Repot: 11/003821/08) tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak Polis. Jelas menunjukkan disini bahawa pihak Polis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 221 iaitu Penjawat awam yang terpaksa di sisi undang-undang menangkap seseorang itu dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu.

Seksyen 221 Kanun Keseksaan (Akta 574) mengatakan:-

“…Barang siapa yang menjadi seorang penjawat awam, yang terpaksa di sisi undang-undang sebagai penjawat awam itu menangkap atau mengurung seseorang yang dipertuduhkan atau yang boleh ditangkap kerana sesuatu kesalahan, dengan sengaja membiarkan orang itu lari, atau dengan sengaja menbantu orang itu lari atau mencuba lari dari pengurungan itu, hendaklah diseksa seperti berikut:-

a) Dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, sama ada beserta dengan denda atau tidak, jika orang yang dikurung itu, atau yang sepatutnya telah ditangkap itu telah dipertuduhkan atau boleh ditangkap kerana suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh; atau

b) Dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, sama ada beserta dengan denda atau tidak, jika orang yang dikurung itu, atau yang sepatutnya telah ditangkap itu, telah dipertuduhkan atau boleh ditangkap kerana suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara seumur hidup, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun; atau

c) Dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, sama ada beserta dengan denda atau tidak, jika orang yang dikurung itu, atau yang sepatutnya telah ditangkap kerana suatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara selama tempoh kurang daripada sepuluh tahun.

I. Pihak Polis (ASP Lim Chee Jiun) juga ada mengeluarkan Surat Pemberitahuan Kedudukan Laporan SEK11/03870/08 & SEK11/03821/08 yang bertarikh 17 Jun 2009 sebagai balasan kepada surat-surat saya yang bertarikh 12 Jun 2008 dan 8 Jun 2009, juga balasan kepada surat pihak Polis yang bertarikh 24 Jun 2008. Tetapi kandungan surat tersebut jelas menunjukkan pihak Polis tidak mengambil sebarang tindakan/keterangan daripada Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad atas kesalahan mengikut takrifan Seksyen 21 ” Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, kerana melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574). Justeru itu jelas menunjukkan pihak Polis (ASP Lim Chee Jiun) telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 167 iaitu Penjawat awam membentuk surat yang tidak betul dengan niat hendak menyebabkan bencana.

Seksyen 167 Kanun Keseksaan (Akta 574) mengatakan:-

“…Barang siapa yang menjadi seorang penjawat awam, dan sebagai penjawat awam itu, ditugaskan membuat atau menterjemahkan surat itu secara yang ia ketahui atau percaya tidak betul, dengan maksud dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan bencana kepada seseorang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”

J. Saya dengan ini melapurkan bahawa Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah” dan Seksyen 21’ Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574). Saya memohon agar pihak Polis dapat memilih seorang penuh pengalaman (Senior), yang mahir dalam bidang undang-undang untuk menyiasat kes ini secara mendalam.


Sekian sahaja lapuran saya

Pengadu,
Lee Heng Yau



http://www.ziddu.com/download/5553451/6KodEtikaHakim1994_6pes.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/5553452/7KanunKaseksaanAKTA574Hakim_7pes.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/5553567/.html

http://www.ziddu.com/download/5553568/54861-09Hakimkesalahanseksyen219dan220_10pes.pdf.html

http://www.ziddu.com/download/5553569/.html

No comments:

Post a Comment