Friday, July 10, 2009

Notis Rayuan Hakim Salahguna Kuasa

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA
(BIDANG KUASA RAYUAN)
RAYUAN SIVIL NO: B-01- Tahun 2009

ANTARA
LEE HENG YAU …PERAYU


DAN


PEGUAM NEGARA MALAYSIA …RESPONDEN


Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam
Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan
Usul Pemula NO: MTJ1-21-36-TAHUN 2008


Dalam perkara mengenai Aturan 52 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Dan

Dalam perkara Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Dan

Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Saman Pemula No. MT3-21-2-2007.


ANTARA

PEGUAM NEGARA MALAYSIA …PEMOHON

DAN


LEE HENG YAU (No. K.P: 670217-04-5297) …RESPONDEN


NOTIS RAYUAN

Sila ambil perhatian bahawa Perayu yang dinamakan di atas iaitu Lee Heng Yau merayu kepada Mahkamah terhadap keputusan Yang Arif Hakim Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad, diberikan di Mahkamah Terbuka Jenayah (1) di Shah Alam pada 1 haribulan Julai 2009 yang menurutnya Perayu telah disabitkan atas tuduhan menghina Mahkamah dan telah dihukum penjara 3 bulan.

Rayuan ini adalah terhadap:-

a) Bahawa sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadap Perayu diketepikan.

Alasan-alasan Rayuan ini adalah seperti berikut:-

1. Notis Usul No: MTJ1-21-36-2008 Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Shah Alam di tetapkan di hadapan Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad di mana pada 01 Julai 2009 beliau membenarkan permohonan Notis Usul tersebut dan menghukum saya penjara 3 bulan kerana mengatakan perbuatan Perayu tersebut adalah perbuatan menghina Mahkamah ini.

2. Justeru itu saya mengatakan bahawa perbuatan beliau selaku Hakim, Mahkamah dan Penjawat Awam mengikut takrifan Seksyen 19 “Hakim”, 20 “Mahkamah” dan 21 “Penjawat Awam (c)” tiap-tiap hakim telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya membuat atau menjatuhkan pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman berlawanan dengan undang-undang dan Seksyen 220 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya menghukum seseorang itu supaya dibicarakan atau dikurung, atau mengurung seseorang, pada menjalankan kuasa tersebut, dengan mengetahui bahawa dengan berbuat demikian itu adalah berlawanan dengan undang-undang.

3. Saya seterusnya mengatakan bahawa adalah peruntukan Kesamarataan di bawah Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Justeru itu tiada siapa yang boleh mengatakan beliau adalah lebih atas dari undang-undang.

4. Saya mengatakan Yang Arif Hakim Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 kerana beliau:

a) membelakangkan tugas-tugas kehakimannya demi kepentingan persendiriannya;
b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya;
c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-
(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai hakim;
(ii) dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedahnya sendiri;
d) berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Badan Kehakiman;
e) kurang cekap atau kurang berusaha;
f) sesungguhnya dan tanpa penjelasan yang munasabah melengah-lengahkan menyelesai kes-kes, memberi keputusan-keputusan dan menulis alasan-alasan penghakiman.
5. Justeru itu keputusan beliau tersebut dengan jelas membuktikan bahawa beliau selaku Hakim, Mahkamah dan Penjawat Awam mengikut takrifan Seksyen 19 “Hakim”, 20 “Mahkamah” dan 21 “Penjawat Awam (c)” tiap-tiap hakim dan juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan dengan menyebelahi dan melindungi Responden iaitu Peguam Negara Malaysia.

6. Sepanjang prosiding saya tidak dibekalkan dengan keputusan, dan tiada Juru Bahasa menerangkan atau menterjemahkan kepada saya mengenai apa-apa berkenaan dengan keputusan bagi kes tersebut memandangkan saya tidak mahir dalam pertuturan Bahasa Malaysia.

7. Segala dokumen-dokumen yang disediakan jika dibaca dan diterangkan oleh pembantu-pembantu saya, maka saya mengatakan saya memahami kandungan yang diterangkan dan sekiranya tidak diterangkan, maka saya tidak memahami isi kandungan tersebut. Saya ingin menegaskan sebenarnya kes ini adalah remeh dan senang sahaja. Tujuan dan niat saya pada mulanya ialah meminta nota keterangan dan alasan penghakiman tetapi kini Peguam Negara Malaysia telah membuat Notis Usul menurut Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 menuduh saya pengkomitan terhadap mahkamah. Dengan jelas ialah pembantu-pembantu yang saya upah telah menyebabkan saya mengalami kesusahan sepanjang prosiding untuk kes adik saya, Lee Heng Moy untuk menjalankan petisyen dan perintah dari Mahkamah dengan membuat dokumen-dokumen yang tidak sepatutnya. Selepas mendapati pembantu-pembantu saya telah menyusahkan saya di dalam prosiding kes petisyen dan perintah mahkamah, saya telah menamatkan perkhidmatan mereka.

8. Pada 28 Januari 2008, adik saya telah menghantar Notis Usul Ex-parte untuk mengkomit Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Yang Arif Dato’ Alizatul Khair bte Osman Khairuddin kerana telah melanggar petisyen dan perintah Mahkamah, dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574).

9. Pada 21 Mei 2008, Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad juga telah melakukan kesalahan dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574) menggunakan kuasanya untuk menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan terhadap adik saya. Beliau haruslah menjatuhkan hukuman atau keputusan berdasarkan bukti yang wajar dan bukanlah tanpa menyiasat dan dengan bersikap berat sebelah hanya mendengar cakap Peguam Negara sahaja.

10. Pada 22 Oktober 2008, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan (Yang Arif Tengku Dato’ Baharudin Shah bin Tengku Mahmud H.M.R, Yang Arif Dato’ Abdull Hamid bin Embong H.M.R, dan Yang Arif Dato’ Nihrumala Segara a/l MK Pillay H.M.R) dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggunakan kuasanya untuk menolak rayuan adik saya dan enggan memberi perintah penahanan untuk menggantungkan perintah komital terhadap adik saya yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi. Sehingga kini juga adik saya masih belum menerima sebarang nota keterangan, alasan penghakiman, waran tangkap dan perintah komital untuk prosiding sebelum ini. Satu Lapuran polis telah dibuat terhadap ketiga-tiga hakim tersebut pada 23 November 2008 di Balai Polis Banting (No Repot: PUTRAJAYA/007864/08).

11. Semasa persidangan, hakim sama ada menulis atau merekod atau tidak isi-isi berkaitan dengan apa-apa yang saya cakap dan ini telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 (c) berkelakuan dengan cara yang menyebabkan syak yang munasabah yang tidak patut berlaku dalam mahkamah. Tambahan pula, Peguam Negara tidak menjawab/membalas persoalan, afidavit saya manakala mahkamah membiarkan Peguam Negara begitu sahaja dan hanya asyik meminta mahkamah menuduh saya sahaja.

12. Sepanjang persidangan, berikut adalah dokumen-dokumen berkenaan berkaitan dengan kes ini:

1) Notis Usul pada 07 Mei 2008
2) Kenyataan Menurut Aturan 52 Kaedah 2 (2) Kaedah- Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 pada 07 Mac 2008.
3) Afidavit Menentusahkan Fakta-Fakta pada 07 Mac 2008.
4) Pohon Penangguhan Persidangan Pada 30 Jun 2008 dan Permohonan Agar Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad Dikecualikan Daripada Mendengar Perbicaraan Untuk Kes Usul Pemula No: MTJ1-21-36-Tahun 2008. pada 04 Jun 2008

5) Afidavit Jawapan Responden pada 09 Jun 2008.
6) Hujahan Dan Otoriti Responder pada 19 Ogos 2008.
7) Penghujahan Pemohon pada 22 Oktober 2008.
8) Afidavit Tambahan Responden pada 23 Februari 2009.
9) Hujahan Bertulis Tambahan Responden pada 10 April 2009.

Peguam Negara tidak mengikut prosedur menjawab Afidavit Jawapan Responden pada 09 Jun 2008 dan Afidavit Tambahan Responden pada 23 Februari 2009.

13. Kes MTJ-1-25-7-2008 dan kes ini (MTJ1-21-36-2008) telah sedia maklum diketahui oleh Tuan Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, Peguam Kanan Persekutuan. Saya merujuk kepada surat adik saya, Lee Heng Moy yang bertarikh 25 Mei 2008 kepada Yang Berbahagia Tan Sri, lantas memohon pandangan Yang Berbahagia Tan Sri, sama ada terdapat apa-apa persoalan undang-undang atau konflik di antara tugas selaku Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan mengenai Lapuran Polis yang dibuat oleh beliau dengan Notis Usul yang dibuat oleh Yang Berbahagia Tan Sri jika ditetapkan pendengaran di hadapan Yang Arif Dato’ Syed Helmy bin Syed Ahmad kerana Yang Arif Dato’ Syed Helmy bin Syed Ahmad dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574).

14. Kes ini bermula pada 02 Januari 2003 apabila mendiang suami adik saya, Tan Hok Low meninggal dunia. Pada 27 Januari 2006, Mahkamah telah melantik Amanah Raya Berhad sebagai pemegang geran Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Tan Hok Low (No Guaman: MTJ1-(MT2)(MT4)-31-62-2004 digabung dengan MT3(MT2)-22-180-2003). Pada 3 Ogos 2007, adik saya Lee Heng Moy telah memohon untuk mendapatkan 25% daripada Harta Pusaka tersebut mengikut saluran undang-undang (Kandungan 114). Pada 5 Februari 2008, wakil dari Amanah Raya Berhad memfailkan permohonan untuk menarik diri dari menguruskan Harta Pusaka tersebut di Mahkamah (Kandungan 141). Dan pada 27 Februari 2009, Mahkamah telah menggunakan kuasanya meluluskan permohonan Amanah Raya Berhad untuk menarik diri sebagai pemegang geran Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Tan Hok Low (No Guaman: MTJ1-(MT2)(MT4)-31-62-2004 digabung dengan MT3(MT2)-22-180-2003) (Kandungan 141) dengan alasan bahawa gangguan dan campur tangan dari adik saya, Lee Heng Moy dan setelah penyiasatan lanjut dijalankan oleh Amanah Raya Berhad mendapati Estet Tan Hok Low insolven, dan tiada aset untuk ditadbir oleh Amanah Raya Berhad.

15. Jelas menunjukkan bahawa Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 kerana sepatutnya jika harta itu insolven, satu perintah Mahkamah haruslah dikeluarkan untuk mengisyhtiharkan bahawa harta itu telah bankrap. Dan jika saya (sebagai Guardian Ad-Litem) yang telah dipersetujui dalam Surat Persetujuan oleh Pempetisyen Bersama telah menggangu dan campur tangan dalam urusan pentadbiran Harta Pusaka tersebut, tindakan undang-undang harus diambil terhadapnya, bukan dengan membiarkan Amanah Raya Berhad menarik diri dari menguruskan Harta Pusaka tersebut. Disini juga jelas menunjukkan Yang Arif Dato’ Syed Ahmad Helmy bin Syed Ahmad telah menggunakan kuasanya dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah” dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 dengan membenarkan Amanah Raya Berhad menarik diri sebagai pemegang geran Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Tan Hok Low (No Guaman: MTJ1-(MT2)(MT4)-31-62-2004 digabung dengan MT3(MT2)-22-180-2003).

16. Kami telah melantik peguam untuk menghantar petisyen bagi menuntut harta pusaka mendiang suami adik saya mengikut saluran undang-undang, tetapi kami telah ditipu oleh peguam-peguam yang dilantik oleh kami iaitu Tetuan Raja Lau & Associates sebanyak RM10,000 dan Tetuan Rama Vellu & Associates, pihak guaman yang disarankan oleh Tetuan Raja Lau & Associates sebanyak RM85,000. Selain itu, kami juga telah ditipu oleh pihak guaman Tetuan Sivananthan yang gagal dalam menyelesaikan masalah kecurian dan penyelewengan dan seterusnya menarik diri dari kes tersebut dan menyebabkan kami kerugian sebanyak RM106,814.00 pada 20 September 2009. Kami juga telah meminta perkhidmatan dari Biro Bantuan Guaman atas arahan Mahkamah Persekutuan tetapi malangnya mereka enggan mewakili kes saya. Sehingga ke hari ini, kami telah memohon untuk mendapatkan bantuan dari hampir seluruh pihak guaman di Malaysia tetapi mereka juga enggan mewakili kami sehinggakan untuk menyelesaikan kes saya, saya terpaksa menguruskan sendiri segala kerja-kerja berkaitan permohonan petisyen kami menggunakan pihak luar dimana kami telah dianiaya oleh pihak tersebut. Oleh kerana tiada satu firma guaman yang ingin mewakili kami, dan dengan kelemahan dari segi pendidikan membuatkan adik saya mengambil keputusan memberikan saya Surat Kuasa Wakil.

17. Saya dengan ikhlas dan suci hati mengatakan adik saya tidak berpelajaran. Oleh itu, saya terpaksa menguruskan segalanya menggunakan Surat Kuasa Wakil untuk menyelesaikan kes ini untuk adik saya.

18. Saya seterusnya mengatakan bukanlah niat kami untuk mencari jalan pintas atau bertujuan mengamal undang-undang tanpa kelulusan dan sijil tetapi disebabkan faktor keadaan yang menyebabkan kami terpaksa dan tidak mempunyai pilihan lain selain dari bertindak secara sendiri menggunakan khidmat pembantu-pembantu yang saya upah kerana hampir seluruh pihak guaman di Malaysia enggan mewakili kami.

19. Pihak-pihak penentang mengambil kesempatan ini dengan membuat tohmahan dan fitnah dengan mengatakan saya telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Profesion Undang-Undang apabila mewakili adik saya sedangkan kami terpaksa berbuat demikian kerana tiada pilihan lain. Mahkamah juga telah bersetuju dengan mereka dan mengeluarkan Perintah bahawa perwakilan saya menerusi Surat Wakil Kuasa itu menyalahi Undang-Undang. Nota keterangan dan alasan penghakiman tidak langsung dijawab oleh mereka sedangkan saya perlukan sebab-sebab yang munasabah kenapa saya tidak boleh mewakili adik saya yang tidak faham langsung tentang segala proses yang berjalan, sedangkan keadaan kami yang terpaksa berbuat demikian kerana tiada pihak guaman yang ingin mewakili kami. Dengan ini jelas menunjukkan hakim-hakim tersebut dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan (Akta 574).

20. Yang Arif Hakim Datuk Suriyadi bin Halim Omar semasa mengendalikan kes pada 27 Oktober 2005 di dalam No Guaman: MT1-21-136-2005 telah mengatakan “adik saya tidak hadir” sedangkan semasa perbicaraan itu adik saya berada di sebelah saya. Beliau sepatutnya tidak boleh mengatakan demikian kerana dengan berbuat demikian, dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994, dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 218, iaitu iaitu barang siapa, yang menjadi penjawat awam, dan yang sebagai penjawat awam itu, ditugas menyediakan apa-apa rekod atau lain-lain tulisan, membentuk rekod atau tulisan itu secara yang ia ketahui tidak betul dengan niat hendak menyebabkan, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan, kerugian atau bencana kepada awam atau kepada seseorang, atau dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menyelamatkan, atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia mungkin dengan dalam demikian itu menyelamatkan, apa-apa harta daripada dirampas atau daripada lain-lain tanggungan yang boleh dikenakan di sisi undang-undang.

21. Seharusnya orang yang terpelajar dan pengamal undang-undang yang berpengalaman luas seperti beliau tidak boleh sama sekali melakukan kesalahan tersebut. Sepatutnya beliau perlu mendengar segala penjelasan yang telah dibuat oleh pihak kami mengikut budi bicara beliau sebelum memutuskan sebarang keputusan. Sepatutnya segala keterangan saya perlu direkod dan diterangkan di dalam nota keterangan dan alasan penghakiman, tetapi beliau tidak berbuat demikian. Seharusnya beliau sedia maklum bahawa keadaan kami yang tidak diwakili peguam dan terpaksa mewakili diri sendiri, dan tindakan beliau itu seolah-olah menganiaya saya dan adik saya, Lee Heng Moy dan ini menunjukkan secara jelas dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 di mana seseorang hakim tidak boleh:

a) membelakangkan tugas-tugas kehakimannya demi kepentingan persendiriannya;
b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya;
c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-
(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai hakim;
(ii) dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedahnya sendiri;
d) berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Badan Kehakiman;
e) kurang cekap atau kurang berusaha;
f) sesungguhnya dan tanpa penjelasan yang munasabah melengah-lengahkan menyelesai kes-kes, memberi keputusan-keputusan dan menulis alasan-alasan penghakiman.

22. Saya telah mendapat perintah komit menurut Aturan 52 Kaedah 2 (2) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 pada 23 Mei 2007 (No Guaman: MT1-21-136-2005) dengan jaminan bon sebanyak RM4,000 dan berkelakuan baik selama 12 bulan. Bagaimana saya boleh dikomitkan sekali lagi atas tuduhan yang sama sedangkan pihak Mahkamah menggunakan Afidavit Sokongan yang bertarikh sebelum dari 23 Mei 2007 untuk menyokong Notis Usul. Jelas disini dibawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, Seksyen 20 “Mahkamah”, dan Seksyen 21 “Penjawat Awam” (c) tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 kerana menggunakan kuasanya untuk mengkomit saya lagi. Dan pada 1 Julai 2009 saya dikenakan komit sekali lagi (No Guaman: MTJ-1-21-36-08). Disini juga jelas menunjukkan hakim menggunakan bidang kuasanya sesuka hati dan berlanggar dengan Kod Etika Hakim 1994 iaitu:

a) membelakangkan tugas-tugas kehakimannya demi kepentingan persendiriannya;
b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya;
c) beliau telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang hakim;
(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas-tugas kehakimannya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai hakim;
(ii) dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedahnya sendiri;
d) berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama Badan Kehakiman;
e) kurang cekap atau kurang berusaha;
f) sesungguhnya dan tanpa penjelasan yang munasabah melengah-lengahkan menyelesai kes-kes, memberi keputusan-keputusan dan menulis alasan-alasan penghakiman.

23. Pada permulaan hari perbicaraan hingga yang baru-baru ini, tarikh perbicaraan termasuk 20 Ogos 2008, 22 Oktober 2008, 20 Februari 2009, 23 Februari 2009, 10 April 2009, 16 April 2009, 06 Mei 2009, 09 Jun 2009 dan termasuk keputusan pada 01 Julai 2009. Perbicaraan ini telah berlangsung selama tempoh yang lama iaitu 9 kali. Namun, sikap hakim yang melengah-lengahkan telah memberi keputusan kes yang berlanggar dengan Kod Etika Hakim 1994 (f) iaitu sesungguhnya dan tanpa penjelasan yang munasabah melengah-lengahkan menyelesai kes-kes, memberi keputusan-keputusan dan menulis alasan-alasan penghakiman.

24. Jelas menunjukkan ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif Tengku Dato’ Baharudin Shah bin Tengku Mahmud, Yang Arif Dato’ Abdul Hamid bin Embong, dan Yang Arif Dato’ Nihrumala Segara a/l M K Pillay di bawah takrifan Seksyen 19 “Hakim”, 20 “Mahkamah” dan 21 “Penjawat Awam (c)” tiap-tiap hakim, telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 219 dan 220 Kanun Keseksaan semasa mendengar prosiding adik saya, Lee Heng Moy sebelum ini.

25. Saya memohon dan berharap agar tiga belas Hakim Mahkamah Rayuan dapat hadir untuk mendengar prosiding ini kerana kes ini adalah satu kes yang amat serius dan memerlukan perhatian yang sewajarnya kerana kes ini berkaitan dengan Kod Etika Hakim 1994 dan melibatkan nama baik Badan Kehakiman.

26. Sebab saya memohon agar tiga belas Hakim Mahkamah Rayuan dapat hadir untuk mendengar prosiding ini kerana setelah apa yang saya lalui (rujuk kepada keterangan-keterangan saya di atas), saya mendapati kebanyakkan Hakim tidak setaraf dengan jawatannya. Ini kerana mereka tidak dapat menyelesaikan kes ini yang bagi saya adalah mudah dan senang dan menyebabkan kes ini berlanjutan sehingga lebih dari enam tahun. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim yang membicarakan kes ini (rujuk kepada keterangan pembicaraan-pembicaraan di atas) juga adalah berlawanan dengan Kod Etika Hakim 1994 dan tidak munasabah. Saya berharap perkara ini dapat diberi perhatian sewajarnya oleh Badan Kehakiman untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran ke atas Kod Etika Hakim 1994 dan mencemarkan nama baik Badan Kehakiman.

Saya hendak hadir di pendengaran rayuan saya.

Bertarikh pada 07 haribulan Julai 2009.





Perayu



Kepada:



1. Timbalan Pendaftaran
Mahkamah Rayuan Malaysia
Aras 2, Palace of Justice,Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, POS : FAX
62506 Putrajaya.
Email :wanfatimah@kehakiman.gov.my
Tel : 03 8888 4188 03 8880 3500 Fax : 03 8888 3093 /8880 4081




2. Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Jenayah (1) Shah Alam,
Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Seksyen 5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.




3. Peguam Kanan Persekutuan
Jabatan Peguam Negara, Malaysia
(Attorney General’s Chambers, Malaysia)
Bahagian Guaman
(Civil Division)
Aras 3, Blok C3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62512 Putrajaya
Tel : 03 8885 5000 Fax :03 8888 9369





[Notis Rayuan telah dikeluarkan dan difailkan oleh Lee Heng Yau, Perayu sendiri di dalam tindakan ini yang mempunyai alamat untuk penyampaian No. 89, Jalan Kiambang, Taman Gembira, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. [Tel No: 03 3187 4388 Faks No: 03 3181 7199].

No comments:

Post a Comment